Carpet Promo

Penyelesai Masalah Untuk Karpet Kotor dan Berbau

Karpet merupakan pelaburan besar yang meliputi ruang utama dan memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi. Bagi memastikan standard kebersihan yang unggul di setiap sudut ruang anda, Kärcher menawarkan rangkaian penyelesaian tepat yang direka khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan penjagaan karpet anda.

Carpet Promo

Vakum karpet berberus (Upright Vacuum)

CV Vacuum
CV38/2 Adv Masjid Carpet
Carpet Vacuum Picto

Kuasa Sedutan Berganda untuk Kebersihan Maksimum.

Vakum berberus Kärcher merupakan gabungan mantap antara daya sedutan tinggi dan sistem berus elektrik yang inovatif. Teknologi ini berfungsi secara aktif untuk meleraikan dan menyedut kotoran yang terperangkap di celah-celah gentian karpet dengan lebih efektif berbanding vakum konvensional, memastikan setiap lapisan karpet bebas daripada debu dan mikrob.



Kebaikan penyapu vakum karpet berberus:

  • Pembersihan 10 kali lebih cepat
  • Berus berupaya membersih jauh ke dalam serat benang karpet. 

Puzzi: Pencuci karpet mudah alih

b2e7e5ea-60d8-41c7-8c43-6025ae6874f2
Puzzi App
Puzzi Illu

Bertindak pantas untuk menyingkirkan tompok kotoran pada karpet.

Kärcher Puzzi direka khusus untuk memberikan hasil pembersihan yang mendalam dan menyeluruh bagi semua jenis permaidani serta permukaan fabrik. Dengan teknologi semburan-ekstraksi (spray-extraction) yang berkesan, mesin ini mampu menanggalkan kotoran degil, kesan gris, dan bau yang kurang menyenangkan sehingga ke dalaman fabrik.

 

Kebaikan pencuci karpet tompok:

  • Pembersihan mendalam dari semua jenis permukaan tekstil.
  • Masa pengeringan yang cepat

Pencuci karpet untuk cucian lebih mendalam

BRC Before After
BRC App
BRC Picto

Teknologi 'Power Brush' cucian karpet lebih mendalam

Terdapat banyak kotoran yang berada di celah-celah karpet, termasuk bakteria dan kuman yang tidak mampu dikeluarkan dengan menyapu atau vakum biasa. Teknologi 'Power Brush' Kärcher direka khusus untuk menyingkirkan kotoran degil dan kuman di celah-celah gentian karpet masjid secara mendalam. Melalui integrasi sistem semburan (spray) dan vakum berkuasa tinggi yang berkesan, ia bukan sahaja membersih malah memastikan persekitaran masjid kekal dan selesa untuk para jemaah.


Kebaikan mesin pencuci teknologi "Power Brush"

  • Pembersih karpet dengan penyemburan air dan bahan pencuci cecair ke dalam lapisan karpet dan serentak menyedut dan memberus semula kesemua kotoran yang terlarut seperti gris (minyak), debu dan bauan yang tidak menyenangkan.
  • Masa pengeringan yang cepat

Promosi Kombo, Pembersihan karpet

Set A: Puzzi dan Vakum karpet berberus (Upright Vacuum)

Set B: Pencuci karpet dan Vakum karpet berberus (Upright Vacuum)

Set C: Pencuci karpet dan Penyapu karpet

Hubungi kami untuk demo pembersih karpet percuma.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian inovatif kami, sila menghubungi kami.